Wednesday, October 01, 2008
Wibawa Insan.$BlogItemTitle$>
Ruangan " SUARA PONDOK"
llmu.....Mentadbir
Iman.....Terpahat
Ihsan.....Terukir
Assalamu`alaikum wr wb,
Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Yang Maha Agung yang menguasai seluruh alam
Selawat serta Salam dikhususkan juga kepada Rasul,penghulu bagi setiap insan beserta keselamatan atas keluarga dan sahabat baginda s.a.w.
Sidang Pengamat sekalian,
ISMA (nama pena )disini , ingin sekali menggunakan kesempatan berharga menyudahi ramadhan dan menjelangnya hari lebaran ini bagi menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dari budi bicara serta geraklaku yang mungkin secara sedar ataupun tidak.... telah menyinggung perasaan pengamat sekalian. ISMA akui yang ISMA sememangnya suka berbicara dan bercanda. Semoga dengan kemaafan ini akan menjadi penjamin serta kemudahan untuk ISMA terus-terusan menjalani kehidupan yang penuh berilmu dan mendapat keredhaan Allah jua.....
Sedikit pesanan ikhlas ISMA dari apa yang dapat sama-sama kita fahamkan dari slogan diatas,
ILMU MENTADBIR.....jadikan ilmu sebagai senjata buat kita mentadbir diri,kehidupan dan apa jua dikeliling kita, Berpadanan dengan pesan nabi kita Muhammad s.a.w yang bermaksud," Jika kita berkehendak akan kejayaan dunia maka hendaklah kita berilmu apatah lagi jika kita berkehendak akan kejayaan akhirat maka hendaklah kita berilmu. Malah jika berkehendak kejayaan keduanya maka hendaklah kita pastikan yang kita ini benar-benar berilmu." Oleh sebab itulah kita harus senentiasa beringat akan keutamaan berilmu perlu sekali kita jadikannya keutamaan yang utama agar tidak dikatigorikan beserta orang yang kaya dengan kejahilan.
Apabila ilmu sudah kita ransangi dalam diri maka (IMAN TERPAHAT) itu pasti akan Allah kurniakan secara mudah....maka ia akan terus dipahat dalam diri yang benar-benar mewarisi ilmu lalu beramal dengannya.
Malah...jika kita berlaku istiqomah (bertetapan) dengannya serta diikutkan dengan keikhlasan maka akan terukirlah satu lagi kekuatan yang dinamakan IHSAN. Disana kita sudah miliki sesuatu yang luarbiasa dalam diri dan secara pasti ia akan menjamin si pemiliknya mendapat kemudahan dalam segala urusan insya`Allah
Setakat ini ya! info motivasi diri dari ISMA,sehingga bertemu lagi dalam ruangan "SUARA PONDOK" Serta salam undur diri dari saya," wassalamu`alaikum wr wb.......Labels: ISMA
7:08 PM